Tuesday 26 July 2011

Bila Ahli MLM menunjuk belang

Saya memang tak suka geng-geng MLM. Ada satu tahap dia leh kata ngan isteri saya laki ko tu buat bisnes internet tak kaya-kaya pun,baik join kitorang. Well that how stupid their thinking. Instead i'm doing internet bussiness,that doesn't mean i will become rich macam you all but apa saya buat ni tak nyusahkan orang lain.Jual barangan yang diperlukan oleh orang lain dan tak jual mimpi macam korang!

Ramai member-member saya yang join MLM kini mula menjual kereta-kereta mewah mereka kerana tak dapat nak bayar installment!Wallla  kata kaya sangat dulu,bongok ke apa,installment ciput gtu pun tak bleh nak bayar.

Apa kata korang join aku jual barang secara online ni?Worldwide lagi hahaa..apa macam?mau ka?

TU la penangan bila ahli MLM tertunjuk belang mereka yang suka sangat dengan duit sampai lupa tanggung jawab sebenar peniaga iaitu membekalkan barangan yang diperlukan sahaja dan bukan menjual mimpi!


Multilevel Marketing?

Saya memang anti dengan multilevel marketing!Ramai yang duk promosi kat saya untuk join MLM ini dan itu secara terang-terang saya akan mengelak. Baiklah mungkin ramai beranggapan MLM ni cara cepat nak kumpul kekayaan.Tapi bagi saya ianya lebih kepada menganiaya orang bawah. Baiklah mungkin ramai kata apa jadahnya aniaya orang bawah?

Cuba bayangkan sebuah syarikat MLM tu sudah mempunyai 40,000 ahli.Setiap ahli perlu cari 6 orang.Sudah berapa ahli diperlukan?Dan syarikat MLM Malaysia dah ada berapa banyak ek?beratus-ratus kan?Pastu rakyat Malaysia ada berapa orang sekarang?27 juta orang sahaja.Tak kan nak semua orang masuk MLM?gila apa ni dah bukan MLM ni dah kira paksa lak ni..huhu

Dari korang masuk MLM dan membazir loan sana-sini baik korang simpan duit korang buat belanja anak-bini.Tak pun yang bujang yang nak cari duit lebih buat lah real bisnes dik oiii.Real Bisnes camne?Jual barang sebenar la dik oi.Jual burger ke,jual t-shirt ke,jual nasi lemak ke semua boleh jual.

MLM hanya menjual impian,ya mereka menjual impian untuk dapat impian mereka. Anda hanya mangsa impian diulangi sekali lagi mangsa impian sahaja!